Mengapa Ibu Memilih Untuk Mengurangkan Penyakit Asma Hanif Dengan Shaklee?
Seperti yang ibu nyatakan sebelum ini, rawatan yang kami dapatkan di hospital bukanlah murah. Bermula serangan sebulan sekali, menjadi 2 minggu sekali hinggakan menjejak seminggu sekali. Klinik dan hospital bagaikan rumah kedua bagi kami. Berulang alik ke klinik adalah perkara biasa bagi ibu.
Ibu mertualah yang banyak membantu ibu (Al-Fatihah - Khatijah binti Duetang ). Ibu mertua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 November 2017/Ahad 7.15 malam ketika selesai mandi untuk menunaikan solat maghrib. Kami berada di hospital ketika itu kerana Hanif demam disebabkan jangkitan kuman. Terasa baru sahaja bertemu petang itu, ibu mertua bekalkan lauk kegemaran suami. Seusai kami habis menikmakti lauk ibu mertua di wad hospital, kami mendapat panggilan telefon yang menyatakan ibu mertua sudah pergi meninggalkan kami untuk menemui penciptanya.Allahurabbi, sebak sungguh rasa hati, saat ibu menulis kata-kata ini pun ntah keberapa kali air mata mengalir mengingatkan pengorbanan ibu mertua pada ibu. Walaupun hanya ibu mertua, ibu dah seperti anaknya sendiri.Moga Allah tempatkan ibu mertua dikalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.
2 minggu ibu menyibukkan diri, bila pulang ke rumah ayah mertua, terasa-rasa ibu mertua masih ada. 2 minggu ibu menyibukkan diri. Berhenti menulis. Meninggalkan segala tugasan. Namun, Group Cergas iReach Shaklee banyak memberikan dorongan dan semangat untuk ibu teruskan kehidupan seperti biasa. Hidup perlu diteruskan. Dunia untuk diurus bukan untuk dirisaukan....
Pesakit asma seperti kami, amat mudah untuk mendapat jangkitan. Antibodi tidak kuat menyebabkan kami mudah dijangkiti. Hanif, bukan setakat menghadapi penyakit asma, pernah melakukan pembedahan pembuangan tosil juga pembedahan pembuangan adenoid. Akan ibu ceritakan satu persatu selepas ini. In shaa Allah.
Berbalik kepada, mengapa ibu memilih Shaklee untuk merawat penyakit asma Hanif? Sudah tentu kerana, setelah ibu meneliti beberapa produk Shaklee yang berkaitan dengan asma, ibu percaya Shaklee boleh membantu untuk meringankan penyakit asma Hanif. Terbukti apabila ibu memulakan dengan produk Omega Guard, Nutriferon, Vitamin C, Meal Shakes dan yang terbaru Vita-Lea for children. Produk-produk Shaklee ini merupakan vitamin / makanan tambahan bagi membantu untuk mendapatkan antibodi yang labih kuat bagi melawan penyakit. Alhamdulillah, Hanif kurang demamnya, batuknya, selsemanya, ......namun masih belum berada di tahap selesa kerana kadangkala asma menyerang tidak mengira waktu.
Ibu dah cuba beberapa produk Shaklee untuk anak-anak ibu, Hanif dan Anis. Anis, alhamdulillah semakin meningkat usianya, semakin sihat. Anda juga mahu mencuba? Boleh dapatkannya melalui E-Sell di bawah, atau boleh bersembang-sembang dengan ibu untuk sebarang pertanyaan melalui nombor yang tertera di bawah.
1.Omega Guard
2.Nutriferon